Pertimbangan apabila mengguna wang neraka Wang_neraka

Contoh wang neraka dalam ikatan lerai sedang dipersembahkanWang ikutan dibakar di kubur bersama matawang ikutan yuanbao.

Sungguhpun pada sudut pandangan Barat wang neraka mungkin kelihatan seperti permainan atau barangan kepercayaan karut, terdapat peraturan berkenaan kegunaan Wang Neraka yang dianggap serius oleh orang Cina tradisional.

Ia dianggap menghina untuk memberikan wang neraka kepada orang hidup (walaupun sebagai gurauan); ia sering dianggap bagaikan meminta kematian penerima, yang merupakan penghinaan besar. wang neraka biasanya disimpan di tempat tidak dilihat orang (contoh. dalam almari), kerana menyimpan wang neraka dalam rumah dianggap membawa malang.

Apabila membakar wang neraka, wang itu dilayan sebagaimana wang sebenar: ia tidak dicampakkan begitu sahaja ke dalam api, tetapi sebaliknya diletakkan dalam ikatan longgar, dalam cara yang dianggap hormat. Juga, dalam sesetengah adat, setiap helaian dilipat dalam cara tertentu sebelum diletakkan dalam api. Amalan ini adalah kaitan dengan kepercayaan membakar wang sebenar membawa nasib malang.